Pas memberi jaminan pihaknya tidak akan melaksanakan langkah-langkah yang menekan mana-mana pihak, khususnya di Sabah dan Sarawak, sekiranya ia menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan baru.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya akan terus mengamalkan konsep musyawarah dan perbincangan dengan semua rakan kongsi dalam kerajaan.